Cari @ Amanz

Terdapat satu lagi produk baharu Realme telah ditemui tersenarai di pangkalan data SIRIM Malaysia. Ia merupakan aksesori audio baharu Realme Buds Air 5 Pro yang telah dilancarkan terlebih dahulu di China seiring dengan siri Realme 11.

Peranti ini telah disenaraikan dengan nama model RMA2120 (realme Buds Air 5 Pro) oleh DTL Malaysia Sdn. Bhd. pada 9 Mei 2023 yang lepas. Ini memberi petanda pelancaran untuknya boleh berlangsung dalam masa terdekat. Ada kemungkinan besar dilancarkan bersama siri Realme 11 memandangkan peranti ini juga telah melepasi SIRIM sebelum ini.

Realme Buds Air 5 Pro merupakan set fon telinga nirwayar bertangkai dengan pod pengecasan bujur. Ia menggunakan pemandu audio sebesar 11mm yang juga menyokong ANC dan LDAC secara terbina. Tambatan pantas boleh dibuat menerusi Bluetooth 5.3 yang turut sama menyokong sambungan dua peranti secara serentak.

Bateri disertakan boleh diguanakan sehingga 11 jam dengan ANC dihidupkan. Kemudian meningkat kepada 40 jam dengan ANC yang dimatikan. Terdapat juga sokongan kalis percikan air IPX5 disertakan sebagai pelindungan tambahan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd