Carian
Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 Dilancarkan
May 24, 2023 Aman

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini telah melancarkan Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 secara rasminya, selari dengan penganjuran acara LIMA’23 di Langkawi. Pelan ini adalah dalam usaha Malaysia membangunkan sendiri teknologi angkasa – selari Dasar Angkasa Negara 2030.

Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 ini menggariskan sejumlah strategi, inisiatif dan program sehingga tahun 2030, selari dengan objektif Dasar Angkasa Negara 2030.

Sebelum ini, Dasar Angkasa Negara 2030 telah dilancarkan, bertujuan memastikan sektor angkasa dapat dimanfaatkan dan menyumbang kepada bidang pertumbuhan ekonomi baharu yang strategik. Dasar Angkasa Negara juga merupakan asas penggubalan Akta Angkasa Lepas. Akta ini bertujuan untuk mengawal selia aktiviti dan operasi berkaitan sektor angkasa seperti pelancaran dan pengoperasian satelit, pendaftaran objek yang dilancarkan ke angkasa lepas, pengoperasian stesen Bumi dan aktiviti lain yang berkaitan.

MOSTI kini menyasarkan sumbangan sehingga RM10 bilion kepada KDNK Malaysia dapat dicapai daripada sekotr angkasa menjelang tahun 2030 kelak, melalui pelbagai pelaksanaan ini.

Komen