Sony hari ini membuat kejutan dengan memperlihatkan sebuah peranti mudah-alih mereka tersendiri yang dikenali dengan nama “Project Q”. Berbeza dengan konsol mudah-alih, peranti ini lebih kepada sebuah aksesori pelengkap untuk PlayStation 5, dimana ia akan strim permainan dari konsol, membolehkan anda memainkan ia dengan mudah sambil berbaring dan sebagainya.
“Project Q” ini akan hadir dengan skrin 8-inci, selain turut menyertakan butang kawalan seperti alat kawalan PS 5. Untuk menstrim permainan, ia menggunakan ciri Remote Play melalui WiFi.
Buat masa ini, Sony masih tidak berkongsi pelbagai maklumat lanjut berkenaan peranti mudah-alih ini. Sony menyasarkan untuk melancarkan ia pada tahun 2023 ini.