Bersama-sama pengumuman mengatakan bakal hadir dengan sebuah peranti mudah-alih yang boleh strim permainan dari PlayStation 5, pihak Sony turut memperlihatkan satu lagi aksesori untuk PlayStation 5, iaitu sebuah fon telinga nirwayar.

Dengan fokus terhadap permainan video, Sony menyatakan fon telinga nirwayar ini akan menyertakan teknologi nirwayar baharu yang dibangunkan Sony. Ia dijangka akan menawarkan kadar pendam yang sangat rendah, termasuk menyertakan sokongan audio nirhilang.

Seperti ramai sedia maklum, Sony sedia mempunyai bahagian khusus memfokuskan kepada audio dengan penawaran fon kepala dan fon telinga yang popular. Namun, fon telinga dibawah PlayStation ini dilihat lebih memfokuskan kepada arena permainan video, dan hadir dengan pengoptimasian khusus untuknya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut untuk aksesori ini, yang dijangka hadir sekitar tahun ini.