Carian
Kamera Web Microsoft Surface X Mengalami Isu Kegagalan Berfungsi
May 25, 2023 Nazrin

Peranti tablet Microsoft Surface X merupakan tablet Windows 11 mereka yang dikuasakan oleh cip pemprosesan ARM yang dilihat hadir dengan tanda harga lebih mampu milik dan kuasa bateri yang lebih berpanjangan.

Terkini, ia dilaporkan bahawa komponen kamera web pada semua peranti-peranti Microsoft Surface X tidak berfungsi dimana ralat Error code 0xA00F4271<MediaCaptureFailedEvent> (0x80004005) diperlihatkan.

Secara ringkasnya, komponen kamera web tersebut tidak boleh digunakan, dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk memperbaikinya oleh pengguna. Isu yang menyebabkan perkara ini dilihat merupakan sebuah sijil digital yang sudahpun luput tarikhnya pada 23 Mei 2023, dan masih belum dikemaskini oleh Microsoft.

Perkara ini secara teknikalnya boleh diperbaiki dengan menukar jam komputer ke tarikh sebelum 23 Mei, tetapi isu dengan ini ialah ia akan menyebabkan pelbagai perisian dan perkhidmatan komputer lain untuk berfungsi dengan baik.

Setakat ini, Microsoft belum mengeluarkan kenyataan ataupun pembetulan mengenai sijil digital ini.

Komen