Carian
Intel Mahu Menjual Berjuta Unit CPU Meteor Lake Dalam Masa Setahun
May 25, 2023 Nazrin

Intel dijangka akan memperlihatkan siri cip pemprosesan generasi ke-14 mereka, Meteor Lake mereka pada separa kedua tahun ini, dan akan memperlihatkan penggunaan sejumlah teknologi baru yang tidak diperlihatkan dimana-mana CPU untuk produk kelas pengguna sebelum ini.

Utamanya ialah komponen baru didalam SoC cip pemprosesan Meteor Lake yang dinamakan Versatile Processing Unit (VPU). Kegunaan cip VPU ini ialah untuk membolehkan CPU Meteor Lake ini untuk menggunakan teknologi kecerdasan buatan secara terbina, dan bukan sahaja boleh menggerakkan model-model AI, yang kini dilihat merupakan satu teknologi yang hangat diperkatakan dan digunakan kebelakangan ini.

Oleh kerana ini adalah sebuah produk untuk pengguna, Intel tidak mengatakan lagi apa-apa mengenai manfaat kebolehan cip kecerdasan buatan yang akan ditawarkan ini. Kami menjangkakan bahawa Intel akan hadir dengan pembentangan mengenainya sewaktu acara Computex yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Akan tetapi apa yang lebih menarik ialah Intel juga mengatakan bahawa mereka mahu menjual berjuta unit cip pemprosesan Meteor Lake dalam masa setahun selepas cip pemprosesan ini dilancarkan, dan jangkaan kami ialah ia termasuklah jualan cip pemprosesan kelas desktop dan juga komputer riba dan cip pusat data berdasarkan teknologi ini.

Komen