Cari @ Amanz

Baru sahaja dilancarkan di China semalam, kini dua daripada peranti baharu Oppo di bawah siri Reno telah ditemui tersenarai di pangkalan data SIRIM Malaysia. Peranti yang dimaksudkan ialah Oppo Reno10 Pro+ 5G (CPH2521) dan Oppo Reno10 5G (CPH2531) yang didaftarkan oleh Jie Business Sdn Bhd pada hari ini (25 Mei 2023).

Ini bermakna kita boleh melihat pelancaran untuk kedua-dua peranti ini bakal berlangsung dalam masa terdekat. Namun timbul pula persoalan sampingan melibatkan perkakasan dalaman memandangkan peranti ini masih belum memasuki pasaran global. Turut menjadi kebiasaan buat peranti ini yang dilancarkan secara global akan mempunyai beberapa perbezaan dengan variasi di China.

Justeru adalah lebih baik kita menunggu kemaskini lebih lanjut daripada pihak Oppo Malaysia sendiri berhubung perkara ini. Sekadar makluman, siri Oppo Reno10 telah dilancarkan di China terlebih dahulu dengan tiga pilihan model berbeza. Menariknya pada tahun ini apabila terdapatnya sistem zum periskop yang ditawarkan pada peranti.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd