Cari @ Amanz

Setelah NVIDIA memperlihatkan penawaran kad grafik kelas pertengahan mereka, tiba pula giliran AMD dimana mereka hari ini mengumumkan kad grafik kelas pertengahan mereka sendiri, iaitu AMD Radeon RX 7600.

Sama seperti kad-kad grafik AMD Radeon RX 7000 yang lain, RX 7600 menggunakan cip pemprosesan grafik AMD RDNA 3. Butiran kad grafik ini telahpun tertiris sebelum ini, dan spesifikasinya disahkan hadir dengan 13.3 bilion transistor, 32 Compute Unit, 32 pemacu Ray-tracing, 2048 pemproses strim dan 8GB memori GDDR6 pada kelajuan 18Gb/s.

Kad grafik ini juga akan tampil dengan kelajuan asas 2250Mhz dan boleh dilewahjam sehingga 2655MHz. Sebagai sebuah kad grafik yang diperkenalkan untuk gaming pada resolusi Full HD, AMD mengatakan bahawa kad grafik ini hadir dengan 29 peratus lebih baik berbanding dengan AMD Radeon RX 6600 sebelum ini.

Kad grafik ini juga tampil dengan ciri-ciri seperti sokongan untuk codec AV1 yang tidak memakan banyak sumber kuasa untuk mengolah video, palam HDMI 2.1 untuk dipasangkan pada paparan dengan resolusi tinggi, dan hanya menggunakan jumlah kuasa 165W yang boleh disalurkan menggunakan satu palam kuasa PCIe 8-pin.

Seperti kad-kad grafik yang lain, kad grafik AMD Radeon RX 7600 akan ditawarkan oleh pelbagai pembuat komponen yang lain seperti ASUS, MSI, GIGABYTE dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd