Cari @ Amanz

Thunderbird merupakan salah satu perisian yang popular sejak dahulu lagi, dimana ia menawarkan penyelesaian berbentuk klien emel – membolehkan orang ramai untuk menguruskan inbox emel dengan mudah.

Kini, selepas hampir 20 tahun, Thunderbird memperkenalkan rekaan logo serba baharu yang lebih moden – dan pada masa yang sama mengekalkan kaitan dengan Mozilla. Menariknya juga, rekaan logo Thunderbird ini direka oleh perekabentuk logo asal untuk Firefox dan Thunderbird.

Logo baharu ini dijangka akan hadir pada Thunderbird 115, dan dalam beberapa bulan lagi pihak Thunderbird turut akan merekabentuk kembali laman web dan saluran sosial menggunakan elemen rekaan baharu ini.

Bersama pengenalan logo baharu ini, Thunderbird turut memperlihatkan rekaan untuk aplikasi iOS, salah satu penawaran yang dijangka akan hadir pada penghujung 2023 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd