Cari @ Amanz

Garmin kini mengumumkan penawaran Instict Solar 2X untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan jam tangan pintar yang boleh berfungsi dengan baik tanpa perlu mengecas. Ia bagaimanapun memerlukan sekurang-kurangnya 50,000 pencahayaan lux selama tiga jam sehari untuk tujuan tersebut.

Bagi yang berminat, Garmin Instinct 2X Solar boleh dibeli sekarang dengan harga RM2,200 menerusi pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia. Sementara itu, Garmin Instinct 2X Solar – Tactical Edition pula berharga RM2,470. Perbezaan hanya terletak pada kemampuan mod Stealth dan Jumpmaster terbina pada variasi Tactical Edition untuk fungsi lebih baik.

Sama seperti jam tangan pintar yang lain, pelbagai fungsi kesihatan dan kecergasan terbina turut dimuatkan pada Garmin Instinct 2X Solar. Bagaimanapun beberapa mod sukan terbina seperti berlari, berenang, mendaki, latihan kekuatan dan berbasikal telah diberi kelebihan tambahan serba baharu.

Terdapat juga lampu suluh LED terbina yang amat berguna digunakan sewaktu berlari pada waktu malam. Seterusnya sensor GNSS berbilang jalur baharu juga digunakan untuk data yang tepat dalam mod GPS dan Trackback. Ia juga mempunyai penarafan kalis air 10ATM sebagai pelindungan tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd