Cari @ Amanz

WWDC akan berlangsung dalam masa beberapa minggu sahaja lagi dan kini maklumat mengenai ciri baharu pada iOS 17 mula tertiris ke arena web. Menurut Bloomberg, iOS 17 akan mempunyai mod skrin pintar apabila peranti diletakkan dalam kedudukan landskap dan skrin dikunci.

Google Nest Hub

Dengan mod ini Apple tidak perlu menawarkan skrin pintar sendiri seperti Google Nest Hub sebaliknya peranti sedia ada boleh digunakan sebagai hab kawalan peranti internet-benda di rumah. Sebuah dermaga pengecas boleh digunakan di rumah untuk mod ini. Sebelum ini kedengaran ura-ura Apple ingin membangunkan sebuah HomePod dengan skrin terbina supaya ia mempunyai ciri yang sama dengan Nest Hub.

Dalam laporan yang sama Bloomberg turut berkata penambahbaikan akan dilakukan pada sistem AirPlay pada iOS 17. Ia akan memudahkan pengguna iOS 17 menyiarkan kandungan pada iPhone terus ke TV dengan sokongan AirPlay yang bukan milik mereka. Apple dikatakan akan bekerjasama dengan hotel untuk menyokong ciri ini pada TV pintar yang dalam bilik pelanggan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd