Carian
Seperti Perkhidmatan Permesejan Lain, WhatsApp Dijangka Tambah Sokongan Nama Pengguna
May 25, 2023 Aman

Kini, melalui versi pembangunan baharu WhatsApp, ia dilihat perkhidmatan permesejan paling popular di dunia berkenaan akan kelak mengimplementasi penggunaan nama pengguna atau username.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya apakah tujuan nama pengguna tersebut. Namun, sekiranya mengikut platform permesejan lain, ia akan menjadi ID unik untuk seseorang pengguna, dan digunakan dalam mencari atau untuk berhubung.

Dengan langkah ini, WhatsApp mungkin menggantikan penggunaan nombor telefon, sekaligus memberikan lebih privasi kepada pengguna – terutamanya dalam WhatsApp Groups atau WhatsApp Communities, selain WhatsApp Channel yang bakal menjelang tiba.

Pembangunan ciri baharu ini dilihat telah diintegrasikan pada versi pembangunan WhatsApp, dan tidak diketahui lagi bilakah akan hadir secara rasminya.

Komen