Media sosial rasmi Huawei hari ini mengacah kehadiran peranti boleh-pakai baharu menerusi Band 8. Ia menjadi kesinambungan untuk Band 7 sebelum ini dengan perubahan kecil pada rekaan yang kini rata.

Anda yang berminat boleh mendapatkannya dengan harga RM219 seutas dengan pilihan warna Sakura Pink, Emerald Green dan Midnight Black. Harga promosi lebih rendah turut ditawarkan pada RM169 untuk pembelian yang dibuat di antara tarikh 6 hingga 8 Jun 2023.
Huawei Band 8 didatangkan dengan kerangka sebesar 1.47-inci AMOLED yang juga menyokong kepadatan piksel 282 PPI. Ia juga mempunyai sehingga 1000 pilihan muka tangan yang boleh dimuat-turun, dalam masa sama turut menyokong muka jam tersesuai berdasaekan pakaian semasa pengguna.

Selanjutnya penarafan kalis air 5ATM disertakan sebagai pelindungan tambahan. Di samping turut menyokong lebih banyak mod sukan sehingga 100 pilihan berbanding 96 jenis pada generasi Bateri diberikan pula boleh digunakan sehingga 14 hari.