Cari @ Amanz

Mesin pencetak masih lagi relevan dalam dunia yang sepatutnya nirkertas menurut ramalan Tun Dr Mahathir lebih dua dekad yang lalu. Oleh itu menjadi kebisaan untuk sekurang-kurangnya mempunyai satu mesin pencetak di rumah untuk kegunaan dari semasa ke semasa.

Bagi pemilik mesin pencetak, isu lazim ialah katrij dakwat yang sudah habis dan kekeringan selepas sekian lama tidak digunakan. Untuk menyelesaikan masalah dunia pertama ini, perkhidmatan HP+ telah diumumkan untuk menawarkan langganan katrij dakwat secara bulanan.

HP+ adalah perkhidmatan langganan dakwat secara bulanan dengan katrij diberikan percuma dalam enam bulan pertama. Turut ditawarkan ialah perkhidmatan kitar semula katrij yang telah digunakan, jaminan tambahan ke atas mesin pencetak/pengimbas dan ciri tambahan pada aplikasi HP Smart.

Pada waktu ini H+ hanya ditawarkan kepada pelanggan di pasaran seperti Amerika Syarikat sahaja. Sungguhpun direka untuk memastikan katrij dakwat, sudah muncul laporan pelanggan kepada HP+ kini mempunyai mesin pencetak yang dikunci menggunakan sistem DRM. Hanya katrij pencetak asli HP sahaja boleh digunakan dengan sambungan kepada Internet perlu dilakukan setiap masa bagi memastikan keaslian produk.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd