Carian
Aplikasi FeaturePrint Mengesan Produk Tiruan Dengan Hanya Sekeping Gambar
May 26, 2023 Effi Saharudin

Pasaran produk tiruan mencecah ratusan bilion Ringgit setahun. Suatu ketika dahulu produk tiruan mudah dikesan kerana dijual pada harga murah di kedai-kedai yang tidak rasmi. Di Malaysia Jalan Petaling sangat sinonim dengan produk palsu sehingga menjadi tumpuan pelancong yang memang mencari produk tidak asli. Masalahnya sekarang produk tiruan dijual sebagai produk asli yang jelas menipu pelanggan.

FeaturePrint ialah aplikasi yang boleh mengesan sesebuah produk adalah tiruan dengan hanya sekeping gambar. Aplikasi ini menggunakan kecerdasan buatan untuk mengesan perbezaan antara produk asli dan palsu. Sistem kod palang, QR dan nombor siri yang digunakan sekarang tidak memadai kerana penjual boleh menyorokkannya dari gambar produk yang dijual.

Pada waktu ini FeaturePrint belum ditawarkan kepada umum oleh pembangunannya Alitheon. Mereka ingin memasarkan produk kepada pelanggan industri yang ingin memastikan komponen asli dalam rantaian bekalan, dan barangan mewah.

Komen