Axiata kini menyatakan perancangan untuk memperkenalkan bank digital seawal penghujung 2023 ini, sekaligus menjadikan ia antara yang terawal memperkenalkan bank digital di Malaysia. Untuk makluman, sebelum ini Axiata melalui Boost Holdings telah menerima lesen mengoperasi bank digital oleh Bank Negara Malaysia.
Boost Holdings merupakan sebuah konsortium yang mengabungkan Axiata melalui Boost, dan juga RHB Bank Berhad. Selain Boost Holdings, terdapat empat lagi penerima lesen untuk bank digital di Malaysia – termasuk Shopee dan juga Grab.

Axiata menyatakan perancangan mereka hari ini, dan turut menyatakan akan membawa operasi bank digital tersebut ke arah keuntungan dalam tempoh tiga atau empat tahun.
Melalui bank digital tersebut, Axiata dijangka menawarkan khidmat deposit untuk akaun simpanan serta akaun semasa, selain produk insurans. Penawaran bank digital ini akan dilakukan secara berperingkat bermula penghujung 2023 ini.
- Sumber
- TheStar