Cari @ Amanz

E Ink merupakan penyedia yang terkenal dengan teknologi ePaper, membolehkan pelbagai peranti dihasilkan dan menawarkan kemudahan untuk membaca melaluinya. Teknologi ini memfokuskan penggunaan bateri untuk tempoh yang lama, dan pada masa yang sama memberikan keselesaan pada mata.

Pada hari ini, pelbagai pembaca buku digital atau eReader yang menggunakan teknologi dihasilkan E Ink ini. Menariknya, kini E Ingk mengumumkan kerjasama dengan MediaTek untuk pembangunan cip yang dioptimasikan untuk eReader.

Dengan kelebihan kepakaran kedua-dua pihak ini, ia dijangka membawa pasaran eReader setapak kehadapan lagi. E Ink sendiri menyatakan mereka ingin membentuk ekosistem ePaper, dan kerjasama ini akan memudahkan pelanggan mereka pilihan kombinasi rakan rantaian bekalan yang disesuaikan dengan penawaran serta teknologi yang baik.

MediaTek sedia menawarkan sebuah cip MT8113 untuk eReader, hadir dengan rekaan 12-nanometer, kuasa pemprosesan 2.0Ghz, selain menyokong memori LPDDR4, serta menyokong WiFi 5. Cip ini digunakan pada Amazon Kindle Scribe terbaru.

Tetapi, dengan kerjasama baharu kedua-dua pihak ini, ia dijangka akan memeriahkan lagi pasaran eReader, selain memudahkan pihak lain menyertai pasaran eReader dengan penawaran masing-masing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd