Cari @ Amanz

“Ok Google bayar saman!”. Ini mungkin arahan yang diberikan oleh Sundar Pichai kepada Google Nest Hub beliau selepas Google didapati bersalah melanggar paten speaker pintar milik Sonos. Syarikat gergasi teknologi ini perlu membayar ganti rugi sebanyak $32.5 juta (~RM150 juta) kepada Sonos.

Sonos memfailkan saman ke atas Google pada tahun 2020 kerana mendakwa mereka melanggar beberapa paten untuk sistem arahan suara dan speaker pintar. Hanya tuntutan ganti rugi untuk dua paten milik Sonos dibenarkan dalam perbicaraan oleh mahkamah berbanding enam tuntutan asa yang difailkan. Perbicaraan telah dilakukan sejak April lalu dan hanya kini selesai.

Wakil Sonos mengeluarkan kenyataan bahawa kejayaan kes mereka menunjukkan Google adalah syarikat yang kerap melanggar paten dengan sekitar 200 paten Sonos dipercayai dilanggar oleh syarikat tersebut. Sementara itu wakil Google pula berkata mereka hanya didapati bersalah melanggar satu paten dengan ia tidak digunakan dengan kerap. Google sedang mempertimbangkan langkah seterusnya yang akan diambil.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd