Microsoft kini berkongsi akan sebuah aplikasi baharu yang akan hadir bersama Windows 11 kepada semua tidak lama lagi, dinamakan Windows Backup. Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna Windows Insiders melalui versi pembangunan baharu.
Windows Backup merupakan sebuah aplikasi ringkas, yang memudahkan pengguna melakukan salinan pendua untuk PC yang sedang digunakan mereka. Ia membolehkan anda menetapkan apakah fail dan dokumen yang anda ingin melakukan salinan pendua, termasuk tetapan sistem operasi, kata laluan, dan juga rangkaian WiFi.

Salinan pendua ini boleh digunakan untuk memindahkan ia semua ke komputer baharu, sekaligus mengikuti semua tetapan yang sedia anda lakukan sebelum ini. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memudahkan lagi proses pengurusan komputer oleh para pengguna Windows seluruh dunia.