Carian
Lazada Mengintegrasi Teknologi ChatGPT Pada Edagang – Memperkenalkan LazzieChat
May 27, 2023 Aman

Dengan ledakan kecerdasan buatan, kini Lazada mengambil langkah mengintegrasikan teknologi ChatGPT dari OpenAI ke platform mereka, dan memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan LazzieChat. Dengan integrasi ini, ia sekaligus membolehkan LazzieChat menjawab sejumlah pertanyaan berkenaan membeli-belah pada platform Lazada dengan mudah.

Lazada menjadi perkhidmatan edagang pertama di rantau ini yang mengintegrasikan ChatGPT pada platform mereka, selari dengan permintaan pengguna serta populariti ChatGPT. Lazada dijangka memberikan cadangan dan info yang lebih diperibadikan, disamping lebih membantu pengguna dalam melakukan keputusan untuk membeli sesuatu barangan di Lazada.

Lazada menyasarkan ciri LazzieChat ini akan membantu dalam sejumlah pembelian, terutamanya yang melibatkan fesyen dan kecantikan.

Apa pun, buat masa ini LazzieChat hanya ditawarkan di Singapura, Filipina dan Indonesia sahaja. Lazada menyatakan ia akan diperluaskan ke rantau lain secara berperingkat. LazzieChat dikatakan boleh diakses dengan hanya menatal kebawah (swipe bawah) pada halaman utama di aplikasi Lazada. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan di Malaysia.

Komen