Lebih 350 Pakar Dan Ahli Akademik Bersetuju AI Meningkatkan Risiko Kepupusan Manusia
Effi Saharudin
Adakah kecerdasan buatan (AI) boleh menyebabkan kepupusan spesis manusia. Dalam cereka fiksyen The Terminator dan The Matrix, AI telah menghapuskan manusia sehingga mereka menjadi spesis terancam. Realiti ini masih belum berlaku tetapi sudah wujud beberapa pendapat daripada golongan akademik yang meramalkan fiksyen ini boleh menjadi kenyataan.

Hari ini lebih 350 pakar dalam AI dan ahli akademik dari universiti-universiti ternama menurunkan tanda tangan bersetuju bahawa AI membawakan risiko kepada kepupusan dengan ia perlu menjadi keutamaan global seperti wabak dan juga perang nuklear.
Antara yang menandatangani kenyataan ini ialah Sam Altman (CEO OpenAI), Demis Hassabis (CEO DeepMind), Emad Mostaque (CEO Stability AI) serta beberapa ketua jabatan dari universiti ternama seperti Stanford, MIT, Harvard, UC Berkeley, Cambridge dan Cornell.
Impak AI sudahpun dapat dilihat dengan penulis kehilangan kerja, artis karyanya dicuri dan wujud insiden jawapan yang diberikan AI penuh kepalsuan. Kenyataan mengenai risiko AI kepada manusia ini mirip dengan kenyataan yang ditandatangani oleh 11,00 saintis pada tahun 2019 mengenai seksa yang bakal dihadapi jika perubahan iklim tidak ditangani dengan segera.
[sumber] SAFE.AI [/sumber]