Cari @ Amanz

Mark Zuckerberg hari ini melalui saluran khas di Instagram, mengumumkan akan berkongsi sesuatu yang mereka bangunkan kebelakangan ini, secara rasminya esok. Tiada sebarang info lanjut berkaitan dengannya yang dikongsikan.

Mengikut spekulasi sebelum ini, Meta dilaporkan membangunkan aplikasi pesaing untuk Twitter, yang akan diposisikan dibawah jenama Instagram. Berkemungkinan besar, kita mungkin akan melihat Meta memperkenalkan ia secara rasminya esok.

Ini sekaligus akan membuatkan Meta memulakan pertengahan kedua 2023 dengan sebuah penawaran produk baharu – yang mungkin mencabar Twitter. Dengan Elon Musk yang agak vokal dalam arena web, ia sesuatu yang menarik untuk dinantikan persaingan antara Meta dan Twitter.


Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan Mark Zuckerberg secara rasminya esok.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd