Apple sedia dilaporkan oleh pelbagai pihak sebelum ini, yang mana sedang menyiapkan peranti set kepala mereka dengan fokus terhadap realiti-gabungan atau realiti-terimbuh. Sehingga kini, pihak Apple tidak memberikan sebarang komen berkaitan dengannya.
Namun, pada acara WWDC 2023 yang dijadualkan pada minggu hadapan, Apple dijangka berkongsi berkenaan dengan langkah mereka untuk menawarkan set realtii-terimbuh mereka tersendiri. Dalam usaha ke arahnya, kini Apple mengaca permulaan “era baharu”, selain turut menggunakan kata kunci “aturcara dunia baharu”.
Acara WWDC ditujukan kepada para pembangun, dimana Apple akan perlihatkan sejumlah sokongan perisian baharu yang boleh digunakan oleh pembangun dan syarikat untuk bersedia dengan penawaran masing-masing apabila sistem baharu dilancarkan kelak.

Pengenalan set kepala memfokuskan realiti-terimbuh ini dijangka memulakan perlumbaan era baharu, selain dijangka akan mengubah sejumlah perkara dalam berinteraksi atau menikmati kandungan.
Apa pun, sama-sama kita nantikan apakah Tim Cook akan berkongsi untuk “era baharu” ini secara rasminya pada minggu hadapan.