Cari @ Amanz

RARBG yang merupakan laman torrent terkemuka dunia mengumumkan penutupan operasi mereka bermula hari ini. Sekiranya pengguna pergi ke laman RARBG hari ini, teks mengenai penutupan dan sebab ia dilakukan sahaja dipaparkan. Tidak seperti laman torrent cetak rompak yang lain, RARBG tidak atas arahan pihak berkuasa.

Sebaliknya kematian ahli akibat Covid-19, ahli yang berperang di konflik Ukraine dan kos pelayar internet yang semakin mahal di Eropah menjadi sebab mengapa RARBG akhir berkubur. Laman memulakan operasi pada tahun 2008 di Bulgaria. Ini adalah maksud BG sebenar dalam RARBG. Di zaman puncak torrent, RARBG ialah antara empat laman cetak rompak paling popular di dunia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd