Unifi Mobile Kini Menawarkan Pelan Data Tanpa Had Pada Harga RM89 Sebulan
Aman
Unifi telah mengemaskini pelan penawaran pascabayar mereka tempoh hari, serta menandakan sebuah pelan tanpa had akan hadir tidak lama lagi. Kini, melalui semakan kami di laman Unifi, ia dilihat pelan tersebut telah pun ditawarkan kepada umum sejak pertengahan Mei 2023.

Dinamakan sebagai Uni5G Postpaid 89, ia hadir pada harga langganan RM89 sebulan, dan menawarkan kuota data 4G/5G tanpa had, serta hotspot sebanyak 10GB. Pengguna turut boleh menikmati panggilan suara tanpa had dibawah pelan ini.
Menariknya juga, pengguna yang melanggan pelan ini boleh menambah sehingga 5 talian dibawahnya pada harga RM39 setiap satu – dan turut menikmati pelan panggilan suara dan data tanpa had.
Bagi anda yang berminat, boleh melanggan pelan Unifi Mobile terbaru ini hari ini melalui laman rasmi Unifi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.