Peranti Realiti Gabungan OPPO MR Glass Diumumkan
Effi Saharudin
Oppo telah berjinak-jinak dengan dunia realiti terimbuh (AR) sejak dua tahun kebelakangan ini. Pagi ini mereka melancarkan OPPO MR Glass Developer Edition yang merupakan set kepala realiti gabungan pertama mereka. Ia menggunakan cip Snapdraon XR2+ Gen 1 dan hadir dengan empat kamera di bahagian luar.

Dengan lensa jenis lempeng, rekaan peranti adalah lebih nipis. Terdapat dua skrin LCD masing-masing dengan resolusi 2160×2160 pixel dan kadar segar semula 120Hz. Ia menyokong mod realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR) lengkap dengan mod pandangan tembus. Satu ciri yang agak unik ialah ia boleh mengesan nadi pemakai.

Seperti Meta Quest, MR Glass hadir dengan dua alat kawalan fizikal. Untuk mengecasnya semula, ia boleh dicas menggunakan sistem SuperVOOC. Tiada harga diumumkan tetapi ia akan dipasarkan pada Q3 2023.

[sumber] Oppo Global [/sumber]