Carian
Dev Home Di Windows 11 Membawakan Pelbagai Widget Khusus Untuk Pembangun
June 1, 2023 Fahim Zahar

Kebolehan pengguna untuk memantau status penggunaan peranti masing-masing adalah sangat penting kerana ia turut boleh membantu pengguna dari kurang obsesi serta memastikan tiada masalah boleh berlaku pada peranti masing-masing.

Pemantauan ini biasanya adalah untuk melihat penggunaan memori, CPU, GPU, suhu, rangkaian kadar segar semula skrin dan banyak lagi. Ciri ini biasanya ditawarkan dalam bentuk widget atau tetingkap terapung.

Terbaru widget lebih kurang sama akan tiba untuk pengguna Windows 11. Widget ini akan memaparkan beberapa maklumat yang Xbox Game Bar sedia paparkan tetapi akan berada di tetingkap widget khas Windows 11. Selain itu data-data yang dipaparkan juga dikhususkan untuk para pembangun dan bukannya untuk tujuan permainan.

Widget ini adalah sebahagian daripada aplikasi Dev Home (Preview) iaitu aplikasi untuk para pembangun memantau projek masing-masing dengan integrasi GitHub. Pengguna boleh memantau prestasi GPU, menyenaraikan rantai kunci SSH, melihat penggunaan memori, status rangkaian, tahap penggunaan CPU serta sambungan kepada akaun GitHub.

Widget ini percuma untuk digunakan dan boleh dimuat turun di Microsoft Store tanpa sebarang masalah. Cuma perlu ingat yang Dev Home masih lagi dalam fasa ujian jadi penggunaannya mungkin tidak stabil.

Komen