Carian
23 Ciri Menarik Pada Samsung Galaxy S23 Ultra
June 1, 2023 Rihhadatul Aisy
  • Teks asal – Rihadatul Aisy

Samsung Galaxy S23 Ultra tampil dengan rekaan yang menawan dan ciri tersedia yang lebih pelbagai. Namun, mungkin masih ramai pengguna peranti ini belum mengetahui tentang perkara-perkara menarik yang boleh dilakukan oleh Samsung Galaxy S23 Ultra.

Oleh itu, dalam artikel kali ini, 23 perkara yang boleh dilakukan menggunakan ciri yang tersedia dalam Samsung Galaxy S23 Ultra ini akan dikongsikan.Kita mulakan dengan bahagian kamera yang biasanya menjadi perkara utama yang dinilai dalam pemilihan peranti. 


1. 200 Megapixel

Apabila ciri ini dihidupkan, gambar yang ditangkap akan terlihat lebih cantik dan jelas. 

  1. Tekan Aspect Ratio pada aplikasi kamera.
  2. Klik 200MP dengan nisbah 3:4 untuk mengaktifkannya.

2. Astrography  

Dengan menggunakan ciri Star Trail pada Samsung Galaxy S23 Ultra, pengguna boleh merakam pergerakan bintang. 

  1. Pilih mod More pada kamera.
  2. Tekan Hyperlapse.
  3. Pilih shutter speed 300x dan kemudian anda boleh biarkan peranti anda merakam pergerakan bintang dalam keadaan statik. 

3. Multiple Exposure

Ciri ini membantu anda untuk menangkap gambar yang lebih artistik dengan berfungsi menggabungkan beberapa gambar menjadi satu. Hasilnya, gambar akan kelihatan lebih unik sesuai dengan kreativiti anda. Cara mengaktifkannya mudah

  1. Pergi pada mod More di bahagian kamera. 
  2. Tekan Expert Raw.
  3. Kemudian tekan ikon Multiple Exposure. 
  4. Seterusnya tekan Manual > Overlay – Bright.
  5. Pilih bilangan Exposure mengikut kesesuaian yang anda mahukan.
  6. Ambil gambar seperti biasa. 

4. Remastering Features – Menaiktaraf Kualiti Gambar

Fungsi Remastering Features yang terdapat pada Samsung Galaxy S23 Ultra ini pula membantu meningkatkan kualiti gambar yang telah diambil. Dengan menggunakan fungsi ini, gambar akan menjadi lebih terang, jelas dan cantik. Caranya adalah sangat mudah

  1. Pergi pada mod More.
  2. Kemudian, tekan Remaster Picture.

Fungsi ini mampu bertindak menghilangkan bayang-bayang serta pantulan pada gambar secara automatik, membetulkan pencahayaan dan pantulan yang pada akhirnya memberikan anda hasil tangkapan gambar yang kelihatan cantik dan tajam. Kini anda boleh menangkap gambar dengan hasil seperti profesional hanya dengan menggunakan peranti Samsung Galaxy S23 Ultra. 

5. Object Eraser Tool – Padam Objek Yang Tidak Dikehandaki

Fungsi ini membantu anda menghilangkan objek yang anda tidak inginkan dalam gambar anda tanpa perlu memuat turun apa-apa aplikasi lain dan yang paling penting percuma. Untuk menggunakannya anda hanya perlu

  1. Pilih gambar yang anda mahukan.
  2. Klik pada ikon Edit.
  3. Tekan titik 3 pada bahagian bawah kanan peranti.
  4. Kemudian klik Object Eraser dan anda boleh mula menyunting. 

6. Cutout

Fungsi ini membolehkan anda menghapuskan latar belakang gambar dengan sangat mudah dan sekaligus menjimatkan masa. Caranya juga mudah

  1. Pilih gambar yang anda mahukan.
  2. Tekan gambar pada skrin sehingga muncul pilihan Save As Image
  3. Kemudian tekan Save As Image dan gambar tanpa latar belakang seperti yang anda mahukan, siap. 

Jika dulu anda perlu memuat turun aplikasi lain bagi melakukan suntingan seperti ini, kini tidak perlu lagi. Suntingan gambar sememangnya menjadi lebih mudah dengan adanya peranti Samsung Galaxy S23 Ultra ini disebabkan oleh ciri serta fungsi yang telah tersedia di dalamnya. 

7. Menterjemahkan Teks

S-Pen yang didatangkan bersama Samsung Galaxy S23 Ultra ini juga membantu memudahkan pengguna untuk menterjemahkan teks. Cara menggunakannya mudah sahaja

  1. Buka menu S-Pen.
  2. Pilih Translate.
  3. Kemudian arahkan saja S-Pen anda pada perkataan yang ingin anda terjemahkan.

Fungsi ini pastinya sangat membantu sekiranya anda mahu menterjemahkan sebarang teks tanpa perlu membuka aplikasi lain ataupun menggunakan mana-mana enjin carian. Mudah dan menjimatkan masa. 

8. Menghasilkan GIF Beranimasi

Pengguna peranti canggih Samsung Galaxy S23 Ultra ini juga boleh menghasilkan GIF tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi lain. Untuk menghasilkannya

  1. Tekan Menu S-Pen > Smart Select.
  2. Kemudian tekan GIF
  3. Sesuaikan saiz serta kedudukan bingkai pada video yang ingin dijadikan GIF.
  4. Seterusnya tekan Record untuk mula merakam dan Stop untuk menghentikan rakaman.
  5. Akhir sekali, klik ikon Save. 

Selepas ini, anda tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk membuat carian GIF, sebaliknya anda boleh menghasilkannya sendiri kemudian kongsikan kepada rakan secara terus dari Gallery

9. Camera Controller – Gunakan S Pen Sebagai Alat Kawalan Jauh

Sekiranya anda mahu mengambil gambar swafoto dari jarak yang agak jauh dari peranti. Fungsi ini pastinya amat membantu kerana anda boleh menjadikan S-Pen sebagai Camera Controller dengan hanya menekan pada butang yang terdapat pada S-Pen tersebut semasa ingin mengambil swafoto. 

  1. Buka aplikasi kamera.
  2. Keluarkan S Pen dari tempat simpanan.
  3. Tekan Ikon bulat berwarna ungu dengan imej S Pen yang terpapar pada skrin.
  4. Kesemua aksi Air Action untuk mengawal kamera akan disenaraikan.
  5. Selain mengambil gambar, S Pen boleh digunakan untuk menukar kamera, zum dan banyak lagi seperti dalam gambar di bawah ini.

10. Tukar Tulisan di Samsung Notes Kepada Teks

Nota yang anda tulis menggunakan S-Pen pada Samsung Notes boleh ditukarkan kepada bentuk teks yang memudahkan anda untuk Copy teks tersebut. Caranya senang sahaja, 

  1. Klik ikon Convert to Text. 
  2. Kemudian, pilih Convert atau Copy mengikut kehendak anda. 

11. Mengekstrak Teks Dari Gambar

Fungsi seterusnya yang boleh dilakukan menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra ini ialah dengan menyalin semula teks daripada gambar. Mengekstrak teks daripada gambar ini tidak dinafikan adakalanya sangat diperlukan dalam beberapa situasi. Misalnya apabila anda perlu mengekstrak maklumat daripada apa-apa dokumen, buku atau gambar dengan kadar segera. Untuk menggunakan fungsi ini, caranya cukup mudah.

  1. Tekan sedikit lama pada paparan Samsung Notes sehingga muncul pilihan ikon More
  2. Kemudian pilih Extract Text
  3. Imbas tulisan pada buku atau gambar yang mahu ditukarkan kepada teks.
  4. Akhir sekali, tekan Paste

12. Berkongsi Nota dan Sunting Bersama Rakan

Menerusi fungsi ini anda juga boleh berkongsi nota anda kepada sesiapa sahaja yang anda mahukan. Untuk melakukannya mudah saja,

  1. Buka nota yang anda mahu kongsikan.
  2. Tekan butang 3 titik pada bahagian kanan atas skrin.
  3. Kemudian tekan Add to shared notebook.
  4. Seterusnya, tekan butang tambah (+) dan namakan nota yang ingin anda kongsikan tersebut.
  5. Akhir sekali pilih sama ada anda mahu berkongsi nota dengan cara berkongsi pautan atau pilih dari senarai kenalan. 

13. Stack Widget – Susun Widget Secara Bertingkat

Pengguna peranti Samsung Galaxy S23 Ultra ini juga boleh menyesuaikan Widget pada paparan skrin dengan menggunakan fungsi Stack Widget. Caranya mudah

  1. Tekan paparan skrin telefon sedikit lama sehingga beberapa ikon muncul pada bahagian bawah skrin. 
  2. Kemudian tekan ikon Widget.
  3. Pilih widget aplikasi yang anda inginkan dan tekan Add.
  4. Untuk Create Stack Widget, tekan sedikit lama pada widget.
  5. Seterusnya tekan Create Stack.
  6. Pilih Widget dan tekan Add. 

Fungsi Widget ini adalah cara terbaik untuk anda melihat maklumat daripada beberapa aplikasi atau untuk melakukan ciri khusus pada sesuatu aplikasi dengan cepat dan mudah. Anda juga boleh menyusun widget dan fungsi ini membenarkan anda menambah sehingga 7 lapisan widget

14. Modes and Routines – Elakkan Gangguan Ketika Bekerja

Sekiranya anda memerlukan masa untuk bersendirian, mahu kekal fokus atau tidak mahu ada sebarang gangguan khususnya menerusi telefon pada waktu-waktu yang tertentu, fungsi Modes and Routines yang terdapat dalam peranti Samsung Galaxy S23 Ultra ini pastinya dapat membantu. Cara untuk mengaktifkannya adalah seperti berikut.

  1. Buka bahagian Setting.
  2. Pilih Modes and Routines dan kemudian pilih aktiviti yang anda mahu lakukan tanpa gangguan samada Sleep, Theatre, Driving, Exercise, Relax, Work dan sebagainya. 
  3. Tekan Start dan pilih tetapan mengikut kesesuaian seperti yang anda mahukan. 

Modes and Routines ini boleh diklasifikasikan sebagai suatu ciri pintar yang berfungsi berdasarkan prinsip ‘If This Then That’ (IFTTT) dimana anda boleh menetapkannya sesuai dengan tabiat dan juga rutin harian anda. Jadi, anda tidak perlu lagi untuk sentiasa mengubahsuai tetapan bunyi pada peranti anda dengan kerap. 

15. Lock Screen Customization – Peribadikan Wajah Skrin Kunci Anda

Ciri ini membolehkan pengguna menyesuaikan paparan pada skrin kunci atau Lock Screen mengikut citarasa masing-masing contohnya dari segi gaya paparan jam, latar belakang dan juga jenis aplikasi yang mahu diletakkan pada skrin kunci. Misalnya jika anda mahu mengubah gambar latar belakang caranya adalah.

  1. Tekan paparan Lock Screen sedikit lama.
  2. Seterusnya, tekan Wallpaper > Pilih jenis paparan latar belakang yang anda suka berdasarkan puluhan pilihan yang diberikan atau gambar daripada Gallery.
  3. Akhir sekali, tekan Done.

16. Quick Share

Seterusnya, fungsi Quick Share yang telah tersedia pada peranti Samsung Galaxy S23 Ultra ini juga memudahkan anda untuk menghantar atau menerima fail, gambar, video dan sebagainya antara peranti keluaran Samsung. Anda dibolehkan untuk berkongsi fail dengan sehingga 5 orang pada waktu yang sama. Malah kaedah ini juga jauh lebih pantas serta cara mengaktifkannya juga adalah sangat mudah.

  1. Tekan sahaja butang Quick Share pada Quick Panel.
  2. Pilih tetapan Contact only atau Anyone nearby untuk menghidupkannya. 
  3. Kemudian, buka Gallery dan pilih gambar yang ingin anda kongsikan.
  4. Tekan ikon Share > Quick Share.

17. Private Share

Kemudian, peranti canggih Samsung Galaxy S23 Ultra ini juga menyediakan fungsi Private Share yang bertujuan untuk memelihara akses kepada file dan juga memelihara privasi pengguna semasa ingin berkongsi fail. Justeru itu, dengan adanya fungsi ini, pengguna tidak perlu risau lagi tentang pencerobohan privasi. 

  1. Klik ikon Share > Private Share
  2. Tentukan penerima gambar/file menerusi senarai kenalan dan tetapkan tempoh masa untuk mengakses file tersebut. 
  3. Seterusnya tekan Send.
  4. Akhir sekali pilih cara untuk penerima menerima file yang ingin anda kongsikan samada menerusi SMS, kod QR atau lain-lain. 

18. Secure Folder – Sorok Kandungan Peribadi Daripada Dilihat

Selain itu, ciri keselamatan dan privasi pada Samsung Galaxy S23 Ultra ini dikemaskan lagi menerusi fungsi Secure Folder dimana fungsi ini membolehkan pengguna menyembunyikan fail, gambar, video atau aplikasi yang terdapat dalam peranti mereka. Ini amat berguna bagi mereka yang munkin tidak mahu gambar peribadi atau aplikasi perbandkan diakses orang lain yang sedang memehang S23 Ultra mereka.

  1. Buka aplikasi Secure folder.
  2. Klik Add files.
  3. Kemudian, pilih jenis file atau aplikasi yang ingin diletakkan dalam Secure folder. 
  4. Akhir sekali, tekan Done.

Maka, beberapa aplikasi dan fail yang tertentu tidak akan dapat dilihat dan diakses menerusi paparan utama telefon pintar anda. Kesemua aplikasi dan fail itu hanya akan dapat diakses dengan memasukkan PIN terlebih dahulu. 

19. Security and Privacy Dashboard – Jaga Privasi Peribadi

Bagi mengawal akses terhadap kamera, lokasi, mikrofon dan sebagainya yang dimiliki oleh setiap aplikasi yang terdapat dalam peranti, pengguna boleh menetapkan tetapan tersebut dengan cara

  1. Pergi pada bahagian Setting.
  2. Pilih Security and privacy > Privacy > Permission manager
  3. Kemudian pilih akses kepada fungsi dalaman peranti yang anda mahukan, contohnya kamera. 
  4. Seterusnya pilih jenis aplikasi.
  5. Akhir sekali tentukan samada anda membenarkannya ataupun tidak menerusi 3 jenis pilihan iaitu Allow only while using the app, Ask every time dan Don’t allow. 

Fungsi ini membolehkan anda untuk melihat dan menetapkan kebenaran aplikasi berkaitan dengan kawalan serta ciri perkongsian data. Hal ini juga sangat berguna buat mereka yang sering risau tentang aplikasi yang dirasakan mampu mengintip data peribadi pengguna. Kerisauan anda mengenai perkara tersebut kini dapat diselesaikan. 

Di samping itu, kini Samsung juga telah menyediakan fungsi Samsung Wallet yang membolehkan semua pengguna peranti Samsung melakukan kaedah pembayaran menerusi peranti tanpa perlu membawa wang tunai atau kad debit/kredit. Tangkapan layar untuk cara melakukannya tidak dapat disertakan kerana ciri privasi dan keselamatan pada peranti.

20. Samsung Wallet – Bayaran Nirtunai Tanpa Kad Fizikal

Ramai pasti tahu Samsung Pay ialah aplikasi setempat untuk menyimpan kad kredit dan kad debit secara digital bagi memudahkan pembayaran nirtunai tanpa kad fizikal. Tetapi kini Samsung Pay dan Samsung Pass telah digabungkan menjadi Samsng Wallet. Oleh itu ia menyokong pelbagai lagi ciri tambahan seperti menyimpan kunci digital untuk rumah yang menggunakan sistem kunci pintar, kunci kereta digital, pas penerbangan dan juga aset digital seperti kriptowang. Bagi mereka yang telah memulakan langkah untuk hidup serba digital. Samsung Wallet boleh diakses dengan mengikut langkah di bawah.

  1. Tatal tab kecil di bawah skrin selepas kad/kunci/pas penerbangan disimpan dalam Samsung Wallet.
  2. Pilih kad kredit/kad debit/kunci yang ingin digunakan.
  3. Sahkan identiti dengan melakukan imbasan jari pada skrin.
  4. Sentuh S23 Ultra ke mesin pembayaran jika pembayaran nirtunai ingin dilakukan.

21. Bixby Voice – Pembantu Maya Yang Setia

Fungsi Bixby Voice ini membantu pengguna melakukan beberapa perkara asas seperti menjawab panggilan telefon, memainkan muzik, dan sebagainya hanya dengan menggunakan arahan suara. Fungsi ini secara tidak langsung membantu anda menjalani hari anda dengan lebih produktif. Bixby mampu mengenalpasti suara individu dan memberi atau menukar tindak balasnya berdasarkan kepada siapa yang bertanya serta menyesuaikan fungsinya dengan gaya hidup dan keperluan anda. Cara mengaktifkannya juga mudah

  1. Buka aplikasi Bixby.
  2. Tekan ikon Setting Bixby.
  3. Kemudian pilih Talk to Bixby without wake-up.
  4. Akhir sekali, hidupkan butang on/off.

22. Link To Windows – Akses S23 Ultra Dari Komputer Windows

Seterusnya, pengguna juga masih boleh mengakses sebarang fail yang terdapat dalam peranti Samsung Galaxy S23 Ultra ini tanpa perlu melihat kepada peranti tersebut.  Fungsi ini dirasakan sangat berguna khususnya kepada mereka yang sering menggunakan komputer riba atau komputer desktop untuk bekerja. Untuk menggunakannya

Pada laptop/komputer :

  1. Buka perisian Phone Link. 
  2. Klik Android > Pair With QR Code.
  3. Kod QR akan tertera pada skrin laptop.

Pada Samsung Galaxy S23 Ultra :

  1. Buka aplikasi Link to Windows.
  2. Klik Add Computer > Continue.
  3. Kemudian imbas kod QR pada komputer menggunakan S23 Ultra untuk menyambungkannya. 

Namun begitu, anda bukan sahaja boleh mengakses fail yang terdapat di dalam peranti malah anda juga boleh menerima notifikasi serta mengakses pesanan mesej, membuat panggilan, melihat gambar-gambar serta membuka paparan skrin telefon anda pada skrin laptop. Ini merupakan salah satu daripada kerjasama pintar di antara peranti Samsung Galaxy dan juga Microsoft. 

23. Adapt Sound – Menala Audio Mengikut Kesesuaian Telinga Dan Usia

Akhir sekali, perkara ke-23 yang boleh dilakukan dengan menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra yang ingin dikongsikan dalam artikel kali ini ialah fungsi Adapt Sound. Fungsi ini mampu memberikan pengalaman mendengar yang lebih baik dengan audio ditala mengikut telinga dan usia. Ujian pendengaran akan dilakukan dengan pemilik disoal sama ada audio yang dimainkan boleh didengari oleh mereka. Berdasarkan keputusan ujian, profil audio khusus untuk telinga pemilik akan digunakan.  

  1. Buka bahagian Setting.
  2. Pilih Sounds and vibration > Sound quality and effects.
  3. Seterusnya, tekan Adapt Sound.
  4. Pilih Test my hearing untuk melakukan ujian pendengaran atau pilih pratetapan tersedia mengikut umur anda.
  5. Pilh juga Adapt sound for sekiranya and ahanya ingin menggunakanya hanya pada media, panggilan telefon atau kedua-duanya sekali.

Justeru itu, demikianlah 23 perkara yang boleh dilakukan dengan menggunakan peranti Samsung Galaxy S23 Ultra. Diharapkan perkongsian menerusi artikel ini dapat membantu meningkatkan lagi produktiviti penggunaan peranti tersebut dalam kehidupan anda. Sekiranya anda mahukan gambaran tutorial yang lebih jelas untuk menggunakan kesemua fungsi ini, anda boleh tonton video tutorial di Youtube rasmi Amanz. 

Komen