Suunto Vertical Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga Bermula RM2799
Amy Maizuraa
Suunto Vertical kini boleh didapati di Malaysia, yang mana merupakan jam tangan pintar aktiviti tahan lasak sesuai buat anda yang gemar sukan ‘outdoor’. Terdapat dua jenis variasi disediakan yang merangkumi tubuh sejenis keluli tahan karat sepenuhnya dijual pada RM2,799.


Sementara itu variasi dengan binaan titanium bersama solar terbina pula berharga RM3,799. Anda yang berminat boleh mendapatkan kedua-duanya bermula 9 Jun akan datang menerusi pengedar sah Suunto di seluruh Malaysia.


Jam tangan ini didatangkan dengan skrin sesentuh 1.4-inci (280 X 280piksel) yang juga dilapisi dengan kaca Sappire dan tahan calar. Ia diperkukuhkan lagi dengan kerangka gentian kaca bersama bezel keluli tahan karat.


Dilengkapi beberapa sensor kesihatan dan kecergasan terbina, Suunti Vertical juga boleh digunakan bagi menjejak pelbagai data aktiviti harian. Misalnya seperti kadar degupan jantung, jumlah kalori dibakar, pola waktu tidur dan tahap tekanan.


Seterusnya lebih 95 mod sukan terbina pula membenarkan pengguna untuk kekal aktif, termasuklah turut boleh dibawa menyelam dengan kedalaman sehingga 10mm. Bateri digunakan pula boleh bertahan sehingga dua bulan, dalam pada itu boleh meningkat sehingga setahun untuk variasi yang mempunyai solar terbina.