Kapal Powerbank Akan Dibina Oleh Firma Jepun
Effi Saharudin
Sumber tenaga lestari hanya boleh dijana oleh stesen hidro, geoterma, ombak, kincir udara, dan panel solar. Tetapi tidak semua kawasan di dunia mampu mengakses sumber tenaga lestari ini kerana faktor geografi atau kewangan. PowerX sebuah firma dari Jepun mempunyai idea menyelesaikan isu ini dengan menghasilkan kapal powerbank yang membekalkan kuasa lestari ke kawasan-kawasan ini.

Kapal Battery Tanker X akan dilengkapi bateri dari jenis litium-besi fosfat. Kuasa elektrik yang dijana daripada sumber lestari digunakan untuk mengecas sel bateri Battery Tanker X. Kapal kemudiannya berlayar ke kawasan di sekitar Jepun yang memerlukan sumber kuasa. Kapal prototaip pertama adalah sepanjang 140 meter dengan kapasiti bateri 240 MWh. Setibanya di destinasi, kapal hanya perlu disambungkan ke rangkaian grid sedia dan membekalkan kuasa seperti biasa.

Sekiranya semua berjalan lancar, PowerX ingin memulakan pembinaan Battery Tanker X pada tahun 2025 dengan pelayaran ujian seawal 2026. Pelan jangka panjang ialah membina kapal powerbank dengan kapasiti 2GWh. Terdapat panel solar pada bahagian bumbung bagi membolehkan bateri dicas semasa kapal sedang melakukan pelayar ke destinasi.