Cari @ Amanz

ASUS kini memperkenalkan komputer riba baharu iaitu Vivobook 15X ke pasaran tempatan sekaligus melengkapkan barisan produk berkenaan. Komputer riba ini dilengkapi dengan skrin 15.6-inci IPS LCD dan bernisbah aspek 16:9. Resolusi maksimum disokong pula sehingga FHD dengan keterangan mencapai 250nits.

Ia juga dikuasakan dua pilihan pemprosesan dan GPU, sama ada Intel-Core i5-1335U dengan GPU Intel Iris Xe. Dalam pada itu, versi AMD Ryzen 7 7730U pula menggunakan GPU AMD Radeon Graphics. Memori pula sebesar 8GB 3200 MHz DDR4 serta storan dalaman sehingga 1 TB PCIe 4.0 SSD.

Turut disertakan ialah bateri 42Wh dan pengecasan 65W, di samping juga menyokong sambungan WiFi 6E (802.11ax) dan bluetooth 5.3. Pilihan I/O disediakan juga mencukupi untuk sebuah komputer riba kerja harian yang terdiri dengan 1 x USB 2.0 Type-A, 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-C, 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI 1.4, 1 x bicu audio 3.5mm dan 1 x DC-in.

Anda yang berminat boleh mendapatkan komputer riba ini dengan harga jualan bermula RM3,099 (Intel Core i5-1335U) dan RM3,199 (AMD Ryzen 7 7730U).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd