Carian
Motorola Razr 40 Turut Diumumkan – Cip Snapdragon 7 Gen 1 Dan Skrin 144Hz
June 1, 2023 Amy Maizuraa

Nampaknya bukan satu tetapi dua peranti dengan skrin boleh lipat clamshell yang diperkenalkan oleh Motorola pada hari ini. Dikenali sebagai Motorola Razr 40, ia menampilkan rekaan cukup berbeza dengan versi Ultra dan diposisikan dalam segmen kelas pertengahan.

Motorola Razr 40 menggunakan skrin utama sebesar 6.9-inci pOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Dalam pada itu skrin sekunder pula lebih kecil iaitu sebesar 1.9-inci yang juga memuatkan sistem dwi-kamera utama padanya. Kalau anda perasan, ini adalah saiz skrin yang sama digunakan pada sebuah Samsung Galaxy Z Flip 4 sebelum ini.

Kemampuan kamera utama Motorola Razr 40 terdiri dengan 64MP (utama) yang juga dipadankan dengan sensor 13MP untuk ultra-lebar. Sokongan kamera swafoto pula sebesar 32MP yang turut diletakkan di dalam lubang kecil pada skrin dalam, seperti versi Ultra.

Cip Snapdragon 7 Gen 1 digunakan sebagai tunjang utama peranti, selanjutnya pilihan memori pula sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 512GB. Kapaisiti bateri pula sebesar 4200mAh yang juga menyokong pengecasan berwayar 30W dan nirwayar 8W.

Peranti juga mempunyai sokongan rangkaian 5G, IP52 dan sambungan bluetooth 5.3. Harga jualan peranti bermula RMB3999 (~RM2594) (8GB/128GB), RMB4299 (~RM2789) (8GB/256GB) dan RMB4699 (~RM3048) (12GB/256GB).

Komen