Cari @ Amanz

Rangkaian 5G di Malaysia telah diperkenalkan sejak tahun 2021 lepas, dan kini meliputi hampir 60% kawasan berpenduduk di Malaysia. Walaubagaimanapun, mengikut statistik yang dikongsikan pihak SKMM, ia memperlihatkan kadar penggunaan 5G masih rendah di Malaysia.

Mengikut data yang dikongsikan, hanya sekitar 1.2 juta pengguna sahaja yang menggunakan rangkaian 5G, iaitu sekitar 3.1% pengguna.

Pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna melalui beberapa pas dan pelan khusus – kecuali Maxis sahaja. Namun, ia dilihat masih ramai yang tidak menggunakannya lagi, walaupun peranti sedia menyokongnya.

Sebab disebaliknya tidak dinyatakan, tetapi dijangka akan terus meningkat dari hari ke hari, termasuk dengan penawaran pelbagai peranti pada harga lebih rendah. Kerajaan sedia menyasarkan rangkaian 5G di Malaysia mencapai kadar liputan 80% dibawah DNB menjelang penghujung 2023 ini, sebelum entiti kedua untuk model dwirangkaian 5G diperkenalkan pada awal 2024 kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd