Cari @ Amanz

Agensi risikan Rusia FSB mengeluarkan kenyataan mendakwa Apple telah bekerjasama dengan agensi risikan Amerika NSA bagi mengintip rakyat Rusia yang menggunakan iPhone di negara mereka. Kerentanan pintu belakang telah digunakan oleh NSA untuk turut mengintip iPhone milik diplomat ahli NATO, China, Syria dan Israel menurut FSB lagi.

Apple telah mengeluarkan kenyataan ringkas menyangkal dakwaan FSB in. Mereka berkata “kami tidak pernah bekerjasama dengan sebarang kerajaan untuk memasang pintu belakang pada sebarang produk Apple dan tidak akan melakukannya di masa depan”.

Dakwaan FSB ini mungkin dilihat sebagai langkah pertama yang akan menyebabkan peranti Apple diharamkan di Rusia. India telahpun menggunakan alasan ini untuk mengharamkan produk China dua tahun lalu selepas kedua-dua negara bertempur di sempadan Himalaya. Ironinya ialah Amerika Syarikat turut menggunakan alasan yang sama untuk mengharamkan produk Huawei, ZTE dan DJI daripada digunakan di negara mereka atas sebab yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd