Carian
Google Play Books Kini Boleh Melatih Kanak-Kanak Membaca
June 2, 2023 Fahim Zahar

Membaca jambatan ilmu dan tidak membaca pula adalah jambatan dungu. Kemampuan membaca harus dipupuk sejak kecil lagi tetapi menghadapi rintangan kerana kanak-kanak moden lebih gemar bermain peranti pintar. Terkini Google telah menambah ciri baharu pada Play Books iaitu Reading practice yang boleh melatih kanak-kanak untuk membaca.

Play Books akan menggunakan mikrofon telefon atau tablet untuk memantau bacaan pengguna. Bukan itu sahaja ciri ini turut boleh memberikan maksud sesuatu perkataan jika tidak difahami pengguna.

Untuk menggunakan ciri ini, cari ebuku dengan label Practice dalam Play Books. Kemudian tekan butang Practice untuk mencuba ciri ini dimana bacaan akan dipantau dan cara menyebut sesuatu perkataan dengan betul akan diajar oleh Reading practice. Jumlah ebuku yang disokong masih lagi terhad pada waktu ini.

Komen