Cari @ Amanz

Xiaomi Smart Band 7 merupakan seutas gelang tangan pintar asas yang memberi fokus terhadap pengguna yang baru mahu berjinak-jinak dalam gaya hidup sihat. Anda yang berminat untuk mendapatkannya, Xiaomi Smart Band 7 kini dijual dengan harga lebih murah RM169 berbanding asal (RM199). Ketersediaan bemula sekarang menerusi pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia.

Gelang tangan pintar ini dilengkapi skrin sesentuh sebesar 1.62-inci AMOLED (192 x 490 piksel) dengan keterangan mencapai 500nits. Ia juga ringan dengan berat sekitar 13.5g yang menggunkan tubuh daripada aloi aluminium dan tali TPU.

Xiaomi Smart Ban7 juga mempunyai pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina yang sudah semestinya boleh menjejak data aktiviti harian. Setertusnya lebih 110 mod sukan terbina pula memastikan pengguna akan kekal aktif sepanjang masa.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi sambungan bluetooth 5.2, di samping turut melepasi penarafan kalir air 5ATM yang amat berguna bagi aktiviti luar. Sebanyak empat pilihan warna diberikan iaitu jingga, hitam, hijau dan biru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd