Cari @ Amanz

Vivo nampaknya dalam perancangan hadir dengan peranti 5G baharu, iaitu Y36 5G untuk pasaran tempatan. Ia didapati melepasi pangkalan data SIRIM Malaysia sejak 31 Mei lepas dan didaftarkan oleh VTalent Business Sdn Bhd dengan kod nama V2248. Namun persoalan mengenai tarikh pelancaran rasmi mula timbul yang masih kekal rahsia buat masa ini.

Peranti ini bagaimanapun sebesarnya sudah dilancarkan terlebih dahulu di pasaran luar. Ia dilengkapi skrin 6.44-inci LCD FHD+, kamera utama 50MP + 2MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 5000mAh dengan sistem pengecasan 44W.

Vivo Y36 5G juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 6020 sebagai tunjang utama. Sekiranya variasi di Malaysia juga sama seperti dinyatakan, maka ia boleh menjadi pesaing kepada Tecno Spark 10 5G yang juga dijana dengan cip pemprosesan serupa.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd