Cari @ Amanz

Selama ini CelcomDigi menawarkan akses kepada rangkaian 5G secara percuma menerusi langganan 5G Boosters. Pelanggan hanya perlu ke aplikasi Digi atau Celcom untuk mengaktifkannya. Tetapi penawaran percuma ini akan ditamatkan kepada untuk pelanggan pelan tertentu bermula 1 Julai 2023.

Hari ini pelan baharu 5G Boosters telah dilancarkan oleh CelcomDigi dengan maklumat lebih lanjut pelan mana yang boleh terus menikmatinya tanpa bayaran tambahan. Pelanggan pasca bayar dengan pelan lebih RM90 mendapat 5G Boosters percuma setiap bulan. Pelanggan pelan pasca bayar bawah RM90 pula perlu membayar RM10 sebulan untuk menikmati rangkaian 5G CelcomDigi.

Pelanggan pelan pasca bayar RM90 dan ke atas juga boleh melanggan 5G Boosters dengan kuota tambah 30GB pada harga RM10 sebulan. Kepada pelanggan pasca bayar bawah RM90 pula ia ditawarkan pada harga RM20 sebulan. Harus diingatkan penawaran untuk 5G Boosters dengan kuota data akan ditamatkan pada 30 September 2023.

Sementara itu untuk pelan prabayar bulanan adalah mengikut jadual di bawah.

Celcom Xpax Prepaid

HargaJumlah HariKuota DataKuota Data
menerusi promosi bonus 50% data
RM31 hari3 GB4.5 GB
RM61 hari10 GB15 GB
RM127 hari20 GB30 GB

Digi Prepaid NEXT

HargaJumlah HariKuota DataKuota Data
menerusi promosi bonus 50% data
RM31 hari2 GB3 GB
RM61 hari5 GB7.5 GB
RM127 hari10 GB20 GB

Pada waktu ini semua pelanggan CelcomDigi pasca bayar boleh menguji 5G Boosters secara percuma sehingga 30 Jun 2023.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd