Carian
iTunes Pada Windows Perlu Dikemaskini Sekarang Untuk Mengelak Kerentanan Sekuriti
June 2, 2023 Fahim Zahar

Mereka yang masih menggunakan komputer Windows masih memerlukan aplikasi iTunes untuk menguruskan peranti Apple. Jika anda adalah pengguna iPhone, iPad atau produk Apple lain yang perlu diuruskan dengan iTunes pada Windows, anda wajib kemas kini ke iTunes versi terkini sekarang untuk mengelak masalah kerentanan sekuriti.

Versi terkini yang anda boleh dapatkan di Microsoft Store adalah 12.12.9. Versi sebelumnya mempunyai masalah folder iTunes yang tidak selamat. Penggodam boleh sahaja mengakses folder ini dan memuatkan perisian hasad untuk mendatangkan masalah.

Menurut sumber, masalah sekuriti ini ditemui sejak September 2022 dan Apple telah menyedari akan isu ini dari bulan November 2022 lagi. Cuma pada bulan Mei 2023 sahaja baru Apple melakukan tampalan sekuriti kerana dikatakan bukan satu isu sekuriti yang kritikal.

Komen