OpenAI kini terus memperluaskan penawaran aplikasi ChatGPT ke negara-negara seluruh dunia, dan terbaru, pengguna tempatan turut telah boleh memasang aplikasi ChatGPT di iPhone, dan menggunakannya dalam mendapatkan jawapan untuk sejumlah perkara.

Penawaran aplikasi ChatGPT ini dilihat memudahkan lagi proses pengguna menggunakan teknologi kecerdasan buatan berkenaan, dan memberikan alternatif penggunaan selain pada pelayar web.
Dengan adanya aplikasi rasmi ini juga, ia sekaligus mengelak pengguna daripada memasang aplikasi-aplikasi pihak ketiga yang mempunyai risiko perisian hasad atau penjejak aktiviti.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan memasang aplikasi ChatGPT ini di IPhone anda hari ini. Versi Android dijangka hadir tidak lama lagi.