TikTok Memperkenalkan Ciri “Auto Scroll” Untuk Memudahkan Anda Terus Menonton Dan Kekal Dalam Aplikasi
Aman
TikTok kini dilihat telah menambah sebuah ciri baharu untuk pengguna tempatan, iaitu “Auto Scroll”. Melaluinya, TikTok akan secara automatik akan menatal ke video-video baharu selepas video habis dimainkan.
Ciri ini mungkin membuatkan pengguna terus menemui kandungan-kandungan baharu dengan lebih pantas, dan mengelak sesuatu video diulang main beberapa kali sebelum perlu pengguna menatalnya secara manual.

Untuk mengaktifkan ciri ini, pengguna hanya perlu tekan pada butang tiga titik dan memilih “Auto Scroll”. Sebuah butang khas akan dipaparkan pada bahagian kanan atas ketika menonton TikTok – dan boleh mematikannya kepada manual kembali dengan tap ikon pada bahagian kanan berkenaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.