Cari @ Amanz

Microsoft kini mengumumkan akan menamatkan aplikasi berasingan Cortana pada Windows, menjelang penghujung 2023 ini. Langkah ini diambil oleh Microsoft sebagai menggantikan pelbagai integrasi kecerdasan buatan yang sedia dilakukan Microsoft pada Windows dan juga pelayar web Edge.

Microsoft menyatakan Cortana secara aplikasi berasingan akan ditamatkan, tetapi masih boleh digunakan bersama di Outlook, dan juga Microsoft Teams.

Sebagai ganti, Microsoft menyarankan penggunaan sejumlah ciri alternatif lain, termasuk Windows Copilot yang akan ditawarkan dalam bentuk percubaan pada Windows 11, selain ciri kecerdasan buatan pada Bing serta Microsoft Edge.

Sebelum ini, Cortana telah diperkenalkan pada Windows pada tahun 2015 yang lepas, membolehkan pengguna melakukan sejumlah perkara melalui arahan suara. Namun, populariti Cortana boleh dikatakan masih rendah, dan tidak digunakan meluas seperti integrasi ChatGPT pada Bing dan Edge.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd