Xiaomi 13 Ultra dilancarkan di China pada pertengahan April yang lalu. Bagi yang menantikan peranti ini ke Malaysia, penantian ini akan berakhir kerana 13 Ultra akan dilancarkan ke pasaran global pada 7 Jun ini. Ini disahkan menerusi laman Xiaomi Hong Kong yang menunjukkan acara khas akan berlangsung pada tarikh tersebut.

Peranti ini dilengkapi skrin 6.73″ AMOLED LTPO 120Hz, cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Bateri ini menyokong pengecasan berwayar 90W, pengecasan nirwayar 50W dan pengecasan berbalik 10W.
Sistem kuad kamera 13 Ultra pastinya adalah tumpuan orang ramai. Ia dilengkapi lensa sudut lebar 50MP 1″ Sony IMX 989 dengan OIS, ultra sudut lebar 50MP Sony IMX 858, telefoto 50MP Sony IMX 858 zum optikal hingga 3.2X dengan OIS, dan satu lagi lensa telefoto 50MP Sony IMX 858 dengan zum optikal sehingga 5X zum optikal dengan OIS. Kamera utama ini boleh melakukan zum digital sehingga 120X.
Di hadapan pula sebuah sensor 32MP disertakan untuk mengambil gambar swafoto. Lensa sudut lebar mempunyai saiz apertur yang boleh diubah. Kemampuan 13 Pro sudahpun mengagumkan maka kami antara yang teruja untuk menguji 13 Ultra apabila ia tiba ke pasaran Malaysia.
- Sumber
- Xioami Hong Kong