Cari @ Amanz

Era penggunaan tajuk “clickbait” pada artikel dipopularkan oleh Buzzfeed lebih sedekad yang lalu. Ramai yang membenci teknik keji ini tetapi tidak boleh dinafikan ia berjaya membuatkan ramai menekan pautan untuk membaca artikel ini. Artifact, aplikasi yang mengumpulkan berita-berita daripada pelbagai laman mengumumkan mereka akan menulis semula tajuk artikel clickbait menggunakan GPT-4.

Menurut Artifact, majoriti artikel dalam aplikasi mereka tidak menggunakan tajuk clickbait. Tetapi bulan lalu ciri “Mark as clickbait” diperkenalkan bagi membolehkan pengguna melaporkan artikel dengan tajuk sebegini. Apabila banyak laporan diterima, Artifact akan menggunakan GPT-4 untuk menjana tajuk yang lebih sesuai menggantikan tajuk clickbait tadi.

Tajuk ini hanya akan dilihat oleh pengguna yang menekan butang “Mark as clickbait”. Tetapi Artifact memberikan kuasa penyunting kandungan manusia untuk memilih untuk memberikan tajuk yang ditulis semula ini kepada semua.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd