Cari @ Amanz

Cip pemproses keluaran pengeluar manakah yang mendominasi pasaran telefon pintar? Jika jawapan anda ialah Qualcomm jawapan anda adalah salah. Sebaliknya menurut laporan Counterpoint Research, jawapan sebenar ialah MediaTek yang memegang 32% pada Q1 2023.

Di tangga kedua ialah Qualcomm (28%), Apple (26%), Unisoc (8%), Samsung (4%) dan HiSilicon (bawah 1%). Menarik di sini ialah Apple berjaya melonjakkan pegangan pasaran daripda hanya 14% pada Q1 2022 ke 26% pada Q1 2023. HiSilicon dan Samsung terus menjunam ke bawah kerana kurangnya peranti yang menggunakannya cip keluaran mereka,

Adalah agak aneh melihat HiSilicon dan Samsung mempunyai pegangan yang lebih kecil berbanding Unisoc. Masih ada permintaan untuk cip kelas permulaan dan ini membolehkan Unisoc mempunyai pegangan yang lebih besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd