Cari @ Amanz

Vimeo, salah satu platform video yang popular dengan video berkualiti tinggi, kini mengumumkan mereka akan tamatkan sokongan untuk pelbagai aplikasi TV dibawah mereka. Vimeo mengatakan sokongan untuk aplikasi TV mereka akan berkuat-kuasa pada 27 Jun 2023.

Antara aplikasi TV yang akan terkesan adalah aplikasi Vimeo untuk Apple TV, Android TV, Amazon Fire TV, dan juga Roku.

Vimeo menyatakan pengguna boleh kekal menikmati kandungan pada kaca televisyen dengan menggunakan sokongan seperti Apple AirPlay atau Chromecast. Ini dikatakan memberikan pengalaman yang lebih baik berbanding penggunaan aplikasi Vimeo tersebut sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd