Cari @ Amanz

Kamera filem pakai buang adalah penyelamat jika anda tertinggal kamera di rumah ketika bercuti. Ia jual di hampir semua kedai gambar dan kedai runcit di hotel. Dengan pengenalan kamera pada telefon, kamera filem pakai buang yang sudah wujud sejak 1949 mula pupus. Tetapi kita kini hidup dalam era nostalgia dan tidak mengejutkan kamera Flashback telah dihasilkan.

Flashback ialah sebuah kamera digital yang bukan sahaja mempunyai rekaan seperti kamera pakai buang 90an, tetapi juga menawarkan pengalaman penggunaan yang sama. Ia hanya boleh mengambil 27 gambar menerus sebuah viewfinder analog. Tiada skrin LCD yang menunjukkan hasil gambar yang diambil.

Sejurus selepas 24 gambar diambil, ia akan dihantar ke aplikasi Flashback di telefon pintar untuk “diproses” selama 24 jam. Flashback dibangunkan supaya menghasilkan gambar mirip kamera pakai buang Fujifilm’s Superia. Gambar boleh diambil dalam mod warna dan monokrom.

Selepas gambar diambil, pengguna perlu memusingkan roda “filem” untuk mengambil gambar yang seterusnya. Terdapat juga suiz khas untuk mengaktifkan flash.

Selepas digunakan, bateri Flashback boleh dicas semula menggunakan kabel USB-C. Projek ini sedang mengumpul data menerusi laman biayasama Kickstarter dengan ia boleh dibeli pada harga bermula AUD 125 (~RM379) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd