Spotify Membuang 200 Kakitangan Bahagian Podsiar
June 6, 2023
Aplikasi
Effi Saharudin
Apokalips pekerjaan di dalam dunia teknologi masih belum berakhir dengan terkini Spotify membuang sekitar 200 kakitangan daripada bahagian podsiar mereka. Ini dilakukan selepas Parcast dan Gimlet yang diambil alih oleh Spotify digabungkan menjadi Spotify Studios. Ini adalah bersamaan dengan 2% daripada jumlah kakitangan Spotify.

Pengurangan tenaga kerja tetap dilakukan walaupun Spotify kini menjadi platform podsiar nombor satu dunia dengan 100 juta pendengar setiap bulan. Secara keseluruhan terdapat lebih 5 juta episod podsiar boleh distrim di platform ini berbanding hanya 200,000 apabila ia mula ditawarkan pada tahun 2019.
[sumber] Spotify [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.