Peralihan Mac Ke Cip Apple Lengkap – Mac Pro Dengan Apple Silicon Diperkenalkan
Aman
Apple hari ini melengkapkan peralihan Mac dari cip Intel ke cip pengeluaran tersendiri, iaitu Apple Silicon. Peralihan ini akhirnya lengkap apabila komputer Mac Pro dengan cip Apple Silicon diperkenalkan secara rasminya.

Mac Pro hadir dengan cip M2 Ultra terbaru, dan turut menyertakan sokongan PCIe – sekaligus memudahkan penyesuaian mengikut keperluan, seperti kad untuk audio, antaramuka digital dan sebagainya. Dengan cip Apple Silicon ini juga, Apple menyatakan ia beroperasi dengan kuasa lebih tinggi dan pantas berbanding cip Intel sebelum ini.

Melengkapkan Mac Pro juga adalah sambungan tiga port USB-A, dua port HDMI dengan sokongan sehingga resolui 8K pada kadar 240Hz, 2 port 10Gb Ethernet, dan sebuah bicu audio. Ia turut menyertakan sehingga lapan port Thunderbolt 4 bersama.
(Sedang dikemaskini…)