Carian
AirPods Kini Menyokong Mod Adaptive Audio
June 6, 2023 Effi Saharudin

Tiada AirPods Max baharu diumumkan seperti beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini. Tetapi yang diumumkan di WWDC pagi ini ialah mod baharu yang membolehkan AirPods Pro beroperasi dengan lebih baik untuk pemiliknya.

Adaptive Audio ialah mod tembus yang dengan bijak membezakan suara orang yang ingin berbual dengan pemakai AirPods Pro dan bunyi bising di sekeliling. Dengan ini pembatalan hingar masih boleh digunakan tanpa membuatkan perbualan dengan insan sekeliling terhalang. Bagi pengguna produk audio Sony, ini ialah ciri yang sama sudahpun disokong pada produk seperti WH-1000XM5.

Mod ini juga menurut Apple boleh menapis audio bising sekeliling ketika melakukan panggilan suara ataupun FaceTime. Tetapi jika audio sekeliling dirasakan masih terlalu bising, pengguna AirPods Pro boleh menekan batang fon telinga untuk membisukan mikrofon. Kesemua ciri baharu ini boleh diakses menerusi menu audio terus dari pelbagai peranti dalam ekosistem Appple.

Komen